Peperiksaan SPM sudah bermula. Sejak Rabu 18 November, para pelajar tingkatan 5 SMTB mula menghadapi peperiksaan SPM dengan kertas Bahasa Melayu 1 & 2 dan Sejarah 1. Khamis 19 November, mereka bergelut pula dengan kertas Bahasa Inggeris dan Sejarah 2. Hari ini mereka berehat dan esok sambung semula dengan subjek2 yang makin mencabar. Oleh kerana keadaan hujan yang berterusan, dijangkakan banjir akan melanda di kawasan2 rendah. Para pelajar telah dinasihati agar mengikut segala prosedur dan arahan ketika banjir. Mereka yang berada di kawasan2 yang mudah dinaiki air disarankan bersiap sedia dengan semua peralatan agar mudah dibantu untuk berpindah. Sekolah akan menjadi 'rumah' mereka buat sementara. Semua pelajar tingkatan 5 mesti melaporkan diri ke sekolah bila amaran banjir diumumkan. Jawatankuasa Khas Bencana Alam : Banjir telah awal2 lagi diminta bersiap sedia untuk mengatur segala perancangan menghadapi banjir. BILIK GERAKAN BANJIR telah mula beroperasi untuk mengesan para pelajar yang berada di dalam kawasan banjir. Perkara paling utama ketika banjir besar melanda ialah menyediakan tempat yang selamat bagi semua pelajar tingkatan 5 dan sekolah akan menjadi tempat pemindahan mangsa banjir.
Saturday, November 21, 2009
Friday, November 6, 2009
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR, CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN MAJLIS RESTU ILMU..begitulah kehendak Tuhan
Khamis, 5 Nov 2009
Tepat jam 7.30 pagi hujan masih turun renyai-renyai dan suasana masih muram, tidak kelihatan langsung tanda-tanda bahawa SM Teknik Besut hari ini akan berlangsung 4 program penting yang merupakan program kemuncak bagi tahun ini. Pukul 7.40, kedengaran pengumuman meminta para pelajar berhimpun di tempat perhimpunan pagi. Semua pelajar bergerak ke tempat perhimpunan dan dalam masa yang singkat mereka telah beratur mengikut kelas masing-masing.
PK HEM memberi taklimat akhir mengenai program yang akan berlangsung dan meminta para pelajar menjaga tingkahlaku dan budi pekerti masing-masing. " Hari ini sekolah kita akan menerima kunjungan para ibu bapa dan penjaga awak semua. Jadi, macam biasa cubalah kawal diri agar tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menjejaskan maruah sekolah. Para Pelajar tingkatan 4 akan berada di Dewan Makan Asrama Putra dan mengikuti program yang akan dikendalikan oleh kaunselor sekolah, Cikgu Azhar manakala para pelajar tingkatan 5 akan menanti kedatangan ibu bapa masing-masing dan menjemput mereka untuk masuk ke Dewan Besar." Begitulah lebih kurang arahan PK HEM kepada para pelajar.
Kemudian PK 1, YM Raja Ismail Raja Kechik memberi beberapa taklimat tentang program akademik untuk para pelajar tingkatan 5. Belumpun sempat beliau menghabiskan taklimat, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya dan para pelajar diminta ke dewan. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila hujan terus menerus turun. Tiada kelibat seorangpun ibu bapa yang hadir dan kita menjangkakan hari ini dewan akan dipenuhi oleh para pelajar saja.
Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi dan dengan kudrat Allah SWT, hujan tiba-tiba berhenti. Saya melihat tanda-tanda kegirangan di wajah PK HEM. Beliau memang bersungguh-sungguh menjemput ibu bapa hadir dan dua tiga hari lepas, dengan penuh keyakinan beliau menyatakan majoriti ibu bapa yang dijemput akan hadir pada hari ini. Tetapi pagi tadi, sebaik beliau turun daripada kereta kancilnya, wajahnya tidak ceria..beliau menundukkan mukanya dan terpegun..seolah-olah berdoa agar hujan berhenti sekejap dan pintu hati ibu bapa terbuka untuk hadir ke sekolah.
Dengan kehendak Allah SWT, cuaca yang mendung dan hujan sebentar tadi tiba-tiba telah bertukar corak. Sinar kecerahan dan hujan telah berhenti dan dalam masa setengah jam iaitu di antara pukul 8.30 hingga 9.00 pagi, ibu bapa telah berduyun-duyun memasuki pintu pagar sekolah. Saya tenguk PK HEMlah orang yang paling gembira. Dengan rajinnya, beliau dan Hj. Zainol sendiri telah menerima kehadiran dan bersalam-salaman dengan ibu bapa di pintu pagar sekolah. Pembesar suara yang dipikul di bahu kanannya kelihatan senget nak jatuh. Beliau sibuk mengumumkan nama anak-anak yang ibu bapanya datang. Hujan turun tapi tak lebat, manakala ibu bapa terus bertali arus memasuki kawasan sekolah. Pengawas-pengawas yang bertugas kelihatan semakin bersungguh-sungguh menerima dan menjemput ibu bapa memasuki dewan setelah membuat pendaftaran. Guru-guru sibuk menguruskan dewan dan membuat persiapan terakhir untuk majlis pertama iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Hj. Marzuki yang tidak menjangkakan begitu ramai ibu bapa hadir terpaksa bertungkus lumus menambah bilangan kerusi bersama-sama pengawas bertugas. Barisan kerusi disusun sehingga rapat ke bahagian belakang dewan.
PK HEM dan PK 1 masih menunggu isyarat untuk menelefon Tuan Pengetua dan YDP PIBG untuk datang ke dewan. Tiada jemputan khas di dalam majlis kali ini. Tiada wakil PPD atau JPN. Hanya YM. YDP PIBG sahaja dijemput sebagai tetamu khas. 15 minit kemudian, kelihatan PK HEM mengumumkan bahawa majlis akan bermula sebentar lagi dan para ibu bapa dijemput masuk ke dewan dan memenuhi kerusi di bahagian hadapan. Setelah pengetua dan YDP PIBG hadir ke dewan dan mengambil tempat duduk masing2 di pentas, kelihatan PK HEM memberi isyarat kepada pengacara-pengacara majlis untuk memulakan majlis. Dua orang guru pengacara majlis iaitu Puan Mariati Warimin dan Puan Noriza Mohamed siap menjalankan tugas dengan jayanya.
Pengetua memulakan ucapan setelah bacaan doa. Beliau mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa dan penjaga pelajar ke sekolah dan melahirkan rasa terharunya dengan sambutan yang di luar dugaan. 400 orang ibu bapa yang hadir ialah jumlah yang sangat memberangsangkan dalam keadaan cuaca musim tengkujuh. Hal ini menunjukkan petanda yang sangat baik. Petanda bahawa ibu bapa amat perihatin dan ingin memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan kejayaan anak-anak mereka di dalam peperiksaan SPM nanti.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bermula dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya mengikut bilangan A semasa peperiksaan percubaan 2009. Dua orang pelajar terbaik iaitu Hafidzah Binti Rameli dan Qurrata Ayuni Nasution Binti Saifuddin telah berjaya memperolehi pencapaian 7A di dalam Peperiksaan Percubaan.
PK HEM yang berada di foyer Dewan Besar kelihatan menyambut ketibaan penceramah undangan iaitu Tuan Haji Ahmad Termizi Bin Haji Musa dan mengiringi beliau memasuki dewan dan naik ke pentas. Tuan Hj. Ahmad Termizi kemudiannya terus memulakan ceramah motivasi keibubapaan dan mengambil masa selama hampir 2 jam untuk memberikan ceramah dengan penuh bersemangat dan sarat dengan ilmu. Hampir 2 jam beliau telah memukau para ibu bapa dan guru dengan pelbagai cerita suka duka di dalam pendidikan dan peranannya sebagai seorang bapa yang sangat mengambil berat dalam soal pendidikan anak-anak. Beliau tidak memerlukan sebarang alat pandang dengar atau LCD semasa ceramahnya. Paling unik, apabila di penghujung ceramahnya, beliau telah membaca sebuah puisi yang sebenarnya sebuah lagu. Lagu puisi tanpa muzik sangat mengharukan perasaan. Ramai ibu bapa dan guru mengesat air mata apabila selesai dendangannya.
Seterusnya ( bersambung )
Sunday, September 27, 2009
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI..MERIAH!

27 September 2009/8 Syawal 1430H
Pagi ini suasana sekolah ceria tapi suram. Masih
ramai lagi pelajar yang tidak dapat menghadirkan diri setelah cuti seminggu berhari raya di kampung halaman masing-masing. Di tempat parking motosikal..lengang, hanya suku sahaja tempat parking dipenuhi menandakan majoriti pelajar yang tinggal di luar tidak hadir ke sekolah. Pagi ini, SM Teknik Besut mengadakan sambutan Hari Raya. Para pelajar dan guru masing-masing berpakaian cantik dan sangat ceria dengan pelbagai warna dan corak baju. Yang lelaki berpakaian baju Melayu dan bersampin, manakala pelajar perempuan dengan pelbagai aneka baju kurung dengan warna yang berbagai jenis. Sangat ceria dan mengkagumkan! Pengetua memberi ucapan alu-aluan kepada semua pelajar dan guru serta mengucapkan terima kasih kerana bersemangat untuk datang ke sekolah bagi meneruskan sesi persekolahan selanjutnya. Para pelajar Tingkatan 5 perlu lebih bersemangat selepas menjalani ibadat puasa selama sebulan dan telah menyambut Hari Raya. Semangat dan motivasi yang tinggi jelas kelihatan pada wajah para pelajar tingkatan 5. Kita sangat mengharapkan agar mereka dapat mengharungi sisa-sisa minggu persekolahan yang masih ada dan dapat membuat persiapan yang paling maksimum bagi menghadapi peperiksaan SPM bulan November nanti.

Wednesday, September 16, 2009
KHAMIS 17 SEPT 2009 - CUTI BAGI SMTB.
16 SEPT 2009 / 26 Ramadhan 1430H
Esok Khamis, 17 Sept 2009 telah diisytiharkan sebagai hari cuti bagi SMTB. Tuan Pengetua telah mengumumkan cuti pada hari Khamis sebagai pilihan bagi mana-mana sekolah yang hendak berbuat demikian. Para pelajar dan guru telah menyambut pengumuman ini dengan suasana yang meriah. Para pelajar terlalu gembira kerana dapat balik awal menemui keluarga masing-masing. Begitu juga dengan segelintir guru yang tinggal jauh bolehlah mengambil kesempatan untuk merancang perjalanan lebih awal. Dengan suasana sambutan hari raya tahun ini yang berkemungkinan jatuh pada hari Ahad, 20 september 2009, pengumuman cuti pada hari Khamis telah melegakan banyak pihak.
Pagi ini, PK HEM macam biasa telah mengendalikan majlis perhimpunan pagi setiap hari. Di dalam Ramadhan ni, dia akan bergegas untuk sampai tepat jam 7.30 pagi. perhimpunan hanya akan bermula bila PK HEM sampai. Inilah kerenah dan sikap para pelajar SMTB. menjadi-jadi dalam bulan puasa ini. Mereka turun awal dari blok2 asrama tetapi tidak terus ke tempat perhimpunan tetapi mengambil kesempatan untuk relaks2 di surau atau di bawah2 pokok. PK HEM akan membuat penegasan setiap hari akan perangai para pelajar yang tak mahu berubah. Kes-kes disiplin bulan Ramadhan macam biasa sentiasa ada, kalau nak kurangkan beberapa peratus sahaja. Tidaklah turun mendadak seperti yang dijangka.
Pagi ni kelihatan PK HEM memberi banyak nasihat kepada semua pelajar terutama para pelajar yang tinggal di luar asrama dan datang ke sekolah dengan menunggang motosikal. Beliau juga turut mengingatkan para pelajar agar lebih berhati-hati atau memberi perhatian yang serius terhadap aspek keselamatan di jalan raya. Akhirnya, PK HEM telah memberi suntikan motivasi kepada para pelajar tingkatan 5 seperti biasa, beliau akan memberi semangat agar pelajar tidak meniru, menjawab soalan dengan baik dan berkesan. Para pelajar tingkatan 5 aliran teknikal hari ini masih lagi ada dua subjek yang belum habis, iaitu kertas Lukisan Kejuruteraan dan Kimia.
SMTB- TAHNIAH JOHAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAWASAN SEKOLAH 2009
15 Sept 2009/25 Ramadhan 2009
Tahniah sekali lagi SMTB Johan!! Nampaknya, tropi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah menjadi milik SMTB, sekolah dalam taman.
Tahniah sekali lagi SMTB Johan!! Nampaknya, tropi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah menjadi milik SMTB, sekolah dalam taman.
Jawatankuasa Panel Hakim telah menetapkan secara sebulat suara bahawa SM Teknik Besut telah menjadi Johan peringkat daerah bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kawasan Sekolah 2009. SMTB telah mengalahkan empat lagi pencabar terdekat yang terdiri daripada sekolah-sekolah ternama daerah ini. Sekolah Kluster, SMK Tengku Mahmud mendapat tempat kedua, manakala, SMK Tembila hanya mendapat tempat ketiga. Dua buah sekolah lagi iaitu SMK Nasarudin Shah dan SMK Seri Nering masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima. Tuan Pengetua tersenyum lebar apabila diberitahu bahawa SMTB Johan, mengungguli sekolah tercantik daerah ini. PK Hem apabila dihubungi telah mengeluarkan kenyataan bahawa SMTB memang secara tradisi mampu mengalahkan sekolah-sekolah lain di daerah ini. Bukan sahaja di daerah ini, bahkan sekolah-sekolah ternama seluruh negara juga telah dapat dikalahkan oleh SMTB dalam aspek landskap ini. Sebenarnya, mungkin kebanyakan orang telah lupa SM Teknik Besut ialah Johan Pertandingan Landskap Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2003, Naib Johan bagi Pertandingan Juara Antara Juara dalam Landskap juga peringkat kebangsaan. Jadi, kalaus etakat daerah besut tu..tak hairan sangatlah..
Walau bagaimanapun SMTB akan memastikan mendapat kejuaraan sepenuhnya apabila mewakili daerah ini di peringkat pertandingan antara daerah nanti. Ahli-ahli jawatankuasa Landskap sekolah yang selama ini tidak bergiat atau langsung tidak menghiraukan apa dah jadi dengan Persatuan Landskap Sekolah (PLS), diminta supaya mengubah sikap segera. Janganlah bila dah jadi Johan nanti..barulah tersengih2, terhegeh2 menyendeng bergambar bersama VVIP, masa bersusah payah ni..masa longkang penuh air..masa cikgu fandi berteriak terpekik terlolong panggil pekerja bersihkan kawasan sekolah, longkang dan jamban...jangankan nak menjenguk, bertanya khabarpun tak...hehe adat manusia.
MERAYAP-RAYAP ATAS SYILING...APA BUAT NI??
Selasa 15 Sept 2009
Tiga orang pelajar ditangkap merayap-rayap atas syiling bilik air tingkat 3 bangunan teknik. Tapat jam 8.00 pagi sekumpulan guru disiplin telah bergegas ke blok teknik setelah mendapat laporan dari penyampai maklumat tentang tiga pelajar yang ponteng dan sedang merayap di atas shiling blok teknik. perbuatan ini bukan sahaja tidak berfaedah bahkan sangat bahaya. Mereka boleh bila2 masa sahaja terjatuh dan akan mendapat kecederaan. Setelah dirayu, barulah mereka turun. Cikgu Ramli dan Cikgu Khaidir bersusah payah naik kerabat atas shiling untuk merayu dan menangkap mereka. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 yang selalu terlibat di dalam kes-kes salah laku sejak akhir-akhir ini. Setelah diteliti, mereka telah dua kali membuat ikrar akujanji dan boleh disabitkan dengan hukuman buang sekolah. MTD akan membuat mesyuarat segera agar hukuman dapat dijatuhkan. Adalah diberitakan salah seorang daripada pelajar itu ialah anak seorang guru yang mengajar di daerah ini. Guru itu sudah banyak kali dipanggil ke sekolah dan telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah. Apa yang menyedihkan ialah untuk kesalahan kali ini, beliau telah berasa amat malu dan enggan untuk ke sekolah bagi menjamin anaknya. Katanya, dia sangat malu kepada guru-guru sekolah ini. Dia menyerahkan kepada pihak pengetua dan MTD untuk membuat keputusan dan akan menerima apa saja hukuman yang dijatuhi. Itulah halnya anak-anak tuan-tuan, tidak dikira malu ibu bapa, tidak dikira jatuh maruah keluarga, apa yang penting ialah adakah semuanya dapat memenuhi kehendak dan naluri nafsu serakah mereka. berkali-kali ibu bapa datang ke sekolah untuk menjamin mereka. Apa balasan mereka? apakah mereka sedar dan insaf? Mereka bukan sahaja tidak sedar dan tidak insaf...tapi bertekad akan terus melakukan kesalahan. Pelajar seperti ini hukuman yang paling baik dan setimpal ialah ikat kakitangan dan letak dalam gua selama seminggu, bagi makanan untuk pastikan tak kojol.
Tuesday, September 15, 2009
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN WANG ZAKAT KEPADA PARA PELAJAR YANG BERHAK
Selasa, 15 Sept 2009, 25 Ramadhan 1430H
Majlis yang sepatutnya diadakan esok telah diawalkan atas permintaan tuan pengetua. Seperti biasa bahagian yang paling penting dalam majlis penyerahan bantuan wang zakat ialah Biro Kebajikan HEM. Biro ini di bawah UNIT SOSIOEKONOMI PELAJAR dan merupakan cabang penting dalam pengurusan dan pentadbiran HEM. Puan Masni Ngah yang mengetuai biro ini telah menyiapkan senarai nama pelajar dan akhirnya dapatlah dikumpulkan sejumlah lebih daripada 50 orang pelajar yang berhak mendapat bantuan. Seperti tahun lepas, Puan Hajah Nor Paizah binti Hassan merupakan penyumbang paling besar dan pihak sekolah telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana sangat mengambil berat hal pelajar yang bermasalah dan sentiasa di dalam kesusahan. Semoga Allah SWT melimpahkan kurnia berkat ke atas puan sekeluarga.
Selepas majlis, tuan pengetua memberi taklimat kepada semua guru tentang pencapaian prestasi akademik pelajar dan kehendak pihak BPTV dalam penetapan CGPA pelajar. Semua guru diminta memberikan komitment yang cemerlang bagi memastikan kejayaan pelajar di dalam peperiksaan SPM hujung tahun ini. Akhirnya PK HEM dan PK 1 telah mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua guru.
Saturday, September 12, 2009
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM : Masih adakah lagi harapan?
Rabu, 2 September 2009/12 Ramadhan 1430 H
Hari ini para pelajar tingkatan 5, aliran teknik, vokasional dan sijil kemahiran menghadapi peperiksaan percubaan SPM serentak bagi sekolah-sekolah menengah teknik seluruh negara. Suasana cuti hari Kemerdekaan negara semalam masih lagi terasa tambahan pula hari ini telah 12 hari umat Islam menjalani ibadat puasa. Bagi para pelajar SMTB, peperiksaan percubaan ialah ujian awal paling getir untuk mereka tempohi sebelum menghadapi peperiksaan sebenar November ini. Mereka telah selalu diberi peringatan agar menjawab soalan peperiksaan percubaan seperti peperiksaan sebenar. Hal ini penting kerana keputusan peperiksaan percubaan akan diambil kira jika berlaku apa-apa masalah dalam peperiksaan sebenar.
Para pelajar aliran SKM juga buat pertama kalinya tahun ni dibenarkan mengambil peperiksaan percubaan sama seperti aliran teknik dan vokasional. Hal ini memandangkan mereka telah selamat mendaftar sebagai calon peperiksaan SPM 2009 sejak bulan Feb/Mac dulu. Mereka telah mengikuti pelbagai program kecemerlangan akademik yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Mereka juga telah diberi kesempatan untuk mengikuti proses P&P yang melibatkan mata-mata pelajaran akademik dan mata pelajaran pengkhususan mereka.
Peperiksaan percubaan dijangka tamat pada Rabu, 19 September 2009.
Saturday, September 5, 2009
Pembuat Maksiat Mencemarkan Kesucian Ramadhan AlMubarak...
8 Ogos 2009 / 16 Ramadhan 1430 H
Perhimpunan pagi Ahad dibatalkan dan digantikan dengan perhimpunan pagi biasa. Hari ini cuaca ok dan ceria. Para pelajar macam biasa agak kurang bermaya. Mungkin ada di antara mereka yang terlepas sahur. Hari ini masuk hari ketiga para pelajar SPM menduduki Peperiksaan Percubaan. Mereka bertungkus-lumus memerah otak untuk menjawab soalan-soalan mata pelajaran Pendidikan Islam.
Semalam tepat jam 6.15 petang, sekumpulan pelajar telah ditangkap oleh PK HEM kerana duduk berdua-duaan (couple). Terdapat 9 pasangan yang ditangkap dan mereka menggunakan alasan belajar sebagai alasan membela diri. Perbuatan anti moral ini jelas telah memusnahkan reputasi penghuni asrama sebagai warak dan tawadhuk pada musim puasa ini. Perbuatan mereka yang tidak langsung menghiraukan teguran para guru dan pengawal keselamatan telah menyebabkan segelintir pelajar membuat aduan terus kepada PK HEM. Menurut satu sumber yang sahih, setelah 10 minit aduan telefon dibuat, PK HEM datang ibarat seekor helang yang menjunam terus kepada mangsanya. Ternyata, 9 pasangan kekasih berjaya diberkas oleh beliau. Para pelajar telah menggunakan bangunan teknik paras bawah untuk bertemu dan berjumpa pasangan masing-masing. Apa yang menghairankan kita ialah, ketiadaan rasa malu pada masyarakat sekeliling, dan yang paling menyedihkan..perbuatan itu dibuat dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak, dekat dengan masa untuk berbuka. Sesetengah pasangan menunjukkan rasa malu apabila ditangkap manakala ada juga yang langsung tidak menunjukkan keinsafan, dengan muka yang bongkak dan sombong seolah-olah mendabik dada.." Tangkaplah, aku tak takut..apa yang HEM boleh buat??"
Tahun lepas saja HEM menghantar 5 pasangan kekasih yang sedang merendek dan merindik ke Pejabat Agama Kampung Raja pada musim peperiksaan SPM. Ibu bapa telah dipanggil dan telah menerima nasihat khusus daripada pengawai-pegawai agama dan pencegah maksiat. Alangkah malunya para ibu bapa akibat perbuatan anak-anak mereka. Anak-anak langsung tidak menjaga air muka ibu bapa masing-masing. Setelah dipanggil dan menerima nasihat, adakah mereka akan insaf dan bertaubat? Tidak tuan-tuan...mereka meneruskan kegiatan mereka sehingga Allah SWT memberi pengajaran kepada mereka. Pasangan-pasangan kekasih itu telah terlibat dengan satu kemalangan jalanraya yang agak teruk juga. Nasib baik nyawa mereka masih panjang, pintu taubat masih terbuka. Tahun ini nampaknya kegiatan golongan pelajar pembuat maksiat ini dirancang lebih awal..seawal bulan Ogos. Nampaknya PK HEM dan guru-guru disiplin serta warden-warden asrama kena bekerja lebih keras lagi. Mereka bukanlah golongan yang boleh diajar atau boleh menerima nasihat. Nasihat dan peringatan hanya seperti mencurahkan air ke daun keladi...tiada berbekas sedikit pun. Tindakan paling tepat ialah menyerahkan mereka kepada pegawai agama daerah dan ibu bapa mereka dipanggil untuk diambil keterangan.
Monday, August 31, 2009
PEMANTAUAN GERAKAN PEMBITARAAN SAHSIAH MURID JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU.
1 september / 11 Ramadhan 1430H
SMTB, 8.36 pagi
Baru sahaja selesai perhimpunan pagi. Jumlah kehadiran pelajar masih lagi tidak membanggakan. Pengetua menasihati para pelajar agar kuatkan tekad untuk terus belajar bagi menghadapi peperiksaan. Beliau menambah terdapat segelintir pelajar yang masih tak menunaikan solat sunat tarawikh. Ini berdasarkan dapatan lisan yang dibuat di asrama, apabila ditanya ada yang langsung tak pernah solat tarawikh, masuk malam ke sembilan baru nak sembahyang, itupun sebab berada di sekolah. Maknanya, ibu bapa pelajar tidak menitikberatkan solat sunat yang dituntut terhadap para pelajar. Anak nak sembahyang sembahyanglah..kalau tak nak pun takapa..isyyy, silap tu tuan..banyak yang tak kena tu. Anak ialah salah satu saluran bagi meneruskan amalan baik simati. Kalau anak kita kurang imannya, kurang minat nak solat, lebih berminat nak berfoya-foya..maknanya, putuslah harapan kita dalam kubur nanti tuan2...kena fikir ni. Ini bukan perkara main-main.
Sekali scan..tenguk muka para pelajar kurang bercahaya. Nur iman yang berada di wajah orang2 mukmin tidak kelihatan pada raut wajah para pelajar. Muka keruh..bukan masalah hitam, hitam pun kalau bercahaya, bersih dan suci nampak muka, tapi kalau muka cerah tapi tak ada nur..maka keruhlah air muka kita. Tak taulah apa sebab tapi itulah bila ruh keimanan tidak bertapak di dalam hati sanubari, begitulah jadinya. Kalau selepas sahur, makan banyak2 lepas tu lantak tidur sampai tak bangun solat fardu subuh..apatak keruhnya muka!!!! Datang sekolah berpuasa tapi tak solat subuh..bayangkan macam mana keruhnya air muka pelajar. Mana nak cungkil kebijaksanaan, mana nak gilap kegemilangan, mana nak canai kejayaan cemerlang..kalau pelajar tak solat. Kalau solat ditinggalkan, payahlah sikit sekolah kita nak berjaya. Perkara pertama mesti diperbetulkan ialah pemasalahan yang berkaitan dengan solat ini. Kalau clear hal ini, maka oklah yang lain2..kalau hal ini tak ok...hal-hal lain makin parah jadinya.
Saturday, August 29, 2009
9 RAMADHAN 1430H...SEKOLAH DIBUKA SEMULA, SUASANA HAMBAR!
Ahad, 30 Ogos 2009 / 9 Ramadhan 1430H
Hari ini hari pertama sekolah dibuka setelah cuti seminggu. Sudah lapan hari Ramadhan berlalu. Macam biasalah kalau hari Ahad, ramai yang sengaja tak datang sekolah. Yang dekatpun asyik mencari alasan apatah lagi yang duduk jauh-jauh. Baru tadi terima sms dari Puan Wan Nor Khalidah..'only 4 out of 26 4ppu students came to school...' Beliau mengajar English di kelas tersebut. Memang bukan bulan puasa saja, bulan-bulan biasapun begitulah keadaan kelas 4 PPU. 4 PPU ialah salah satu daripada beberapa kelas yang menghadapi masalah ketidakhadiran yang tinggi. Tindakan yang diambil selama ini untuk mengatasi masalah pelajar selalu ponteng sekolah, nampaknya tidak begitu berkesan. MTD perlu memikirkan kaedah yang terbaik dan berkesan menangani masalah ponteng sekolah.
Majlis Perhimpunan pagi tadi dipenuhi dengan bacaan zikir Asma ul-Husna, bacaan surah Yasin dan tahlil untuk arwah waris guru yang meninggal dunia. Sebelum itu, Ustaz Rahimi telah menyampaikan tazkirah Ramadhan. Kemudian seperti biasa, Tuan Pengetua memberi beberapa taklimat kepada pelajar terutama yang berkaitan dengan akademik. Beliau juga melaporkan bahawa beberapa orang timbalan pengarah BPTV Kementerian Pelajaran akan berada di Negeri Kelantan dan Terengganu untuk membuat pemantauan di beberapa buah sekolah menengah teknik. Ada kemungkinan besar Sekolah Menengah Teknik Besut juga akan dilawati oleh rombongan ini. Untuk itu, semua guru dan pelajar diminta agar bersedia menerima kunjungan mereka.
PK HEM mengambil kesempatan untuk bercakap dengan semua pelajar tentang pengisian Ramadhan. Apa yang seharusnya pelajar lakukan sepanjang bulan Ramadhan. Akhirnya, PK 1 membuat pengumuman tentang peperiksaan percubaan SPM yang akan bermula Rabu, 2 September 2009 ini. Para pelajar diminta membuat persediaan rapi untuk mencipta kejayaan.
Perhimpunan tamat tepat jam 9.00 pagi
Monday, August 24, 2009
RAMADHAN 1430H : APA PENGISIAN ANDA?

Khamis, 20 Ogos 2009.
( peringatan bagi orang yang lupa dan angkuh )
Dewan Besar SMTB riuh rendah dengan suara para pelajar girang kerana akan bercuti seminggu. Mereka diberi 'bekalan' buah kurma oleh para guru untuk dibawa pulang sempena dengan ketibaan RAMADHAN 1430h. Ada juga pelajar yang langsung tidak naik ke pentas untuk mendapatkan buah kurma. Agak-agaknya kalau buah anggur atau strawberi mungkin akan berebut-rebutlah mereka. Inilah sebahagian lagi tanda para pelajar yang jumud dan angkuh, hidup dalam kemewahan dan kejahilan. Agama tak pakai, solat ambil syarat agar tak kena rotan, Quran tolak ke tepi. Ketika sebilangan besar penduduk dunia mati kelaparan ( di Etopia, Uganda, Somalia misalnya) atau sakit kerana tak ada makanan, para pelajar SM Teknik Besut dipanggil berkali-kali naik ke pentas untuk ambil makanan. Dipanggil berkali-kali!!! seolah-olah buah kurma tu bukan makanan..tak berapa sedap, tak standard. Inilah sikap angkuh para pelajar yang tak mengenal untung. Ibu bapa terlalu manjakan anak-anak, cakap saja nak apa, terus dapat. Di sekolah pula, sukar untuk menerima didikan agama yang diberi oleh para guru. Asyik ponteng kelas, sembahyang zohor kena kejar dulu, asar langsung tak turun berjamaah, bila masa nak balik, dia balik. Asrama dah jadi macam rumah mak bapak dia.
Wahai pelajar-pelajar SM Teknik Besut...insaflah. Bukan orang tua saja yang mati..budak-budakpun ada, ramai yang mati, mati sakit H1n1, mati accident motor sampai terkerat dua badan, dan macam-macam lagi. Insaflah, hargai makanan yang diberi. Jangan angkuh dan sombong di bumi Allah. Untuk para pelajar yang bagus, rajin, hormat guru dan ibu bapa, hargai makanan yang diberi, peringatan ini abaikan. Anda golongan yang baik, teruskan perjuangan untuk menjadi insan berguna, beriman dan bertakwa, teruskan perjuangan untuk mendapatkan keputusan terbaik di dalam peperiksaan. Ramadhan yang datang adalah rahmat bagi anda semua. Buat pengisian sebaik mungkin. Anda faham apabila saya kata ramadhan bukan bulan tidur, bukan bulan relaks, bukan bulan isi perut bodo sampai kenyang..kekenyangan, bukan juga bulan lembik tak bermaya macam kain buruk, bukan juga bulan sumpah seranah, merungut itu tak kena ini tak kena, bukan bulan menghabiskan masa sepetang di pasar-pasar ramadhan, macam dah tak ada kerja langsung, belum azan asar dah tercongok melilau tak tentu arah, beli tak seberapa..ondeh2 je dua ringgit.
Ramadhan ialah bulan pengisian amalan terbaik. Ramadhan ialah 'turning point', 'training base' yang cukup baik untuk semua pelajar menilai kembali kekuatan diri. Kalau diri kita lemah, lemah dalam segala segi, Ramadhan ialah penawar. Carilah penawar untuk mengembalikan kekuatan diri dalam bulan Ramadhan. Rasulullah SAW menunjukkan kepada kita betapa kejayaan demi kejayaan boleh dicapai dalam Ramadhan. Kita beroleh kekuatan, kitalah yang terkuat. Sebab itulah apabila ada umat yang lembik tak bermaya, kita rasa tersangat hairan. Mana pergi semua kekuatan yang Rasulullah nyatakan? Rupa-rupanya kekuatan itu hanya untuk orang yang benar-benar berpuasa. Puasa olok-olok, puasa palsu, puasa menyamar, puasa terpaksa, puasa ada niat lain dan pelbagai jenis puasa yang tak ikhlas, tidak diberi kekuatan itu.
Oleh itu, saya menyeru semua pelajar, bukan pelajar SMTB sahaja, untuk semua pelajar yang terbaca catatan ini, carilah rahmat, carilah kekuatan, carilah keredaan, carilah hikmah, carilah hidayah, carilah keistimewaan yang dicurahkan untuk umat Islam, untuk para pelajar Islam, untuk pelajar beriman di dalam Ramadhan ini...saya yakin, benar-benar yakin, jika anda benar-benar berpuasa, anda tawadhuk, anda akan jumpa kekuatan untuk mencapai kemenangan...ALLAHUAKBARRRR!!!!
Sunday, August 16, 2009
MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN DISIPLIN (MTD) KALI KE-3 2009 DAN KEMEROSOTAN DISIPLIN PELAJAR
Minggu lepas Rabu, 12 Ogos 2009, mesyuarat MTD kali ke-3 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMTB. Mesyuarat berjalan seperti biasa dan membincangkan agenda yang khusus tentang perkembangan disiplin masa kini. Pengetua berucap dan meminta kerjasama guru untuk sama-sama membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang timbul.
70% masalah disiplin berpunca dari asrama dan hanya 30% dilakukan pelajar semasa sesi persekolahan. Masalah yang berkaiatan dengan ponteng semakin berleluasa. Kadar kehadiran pelajar pada hari Ahad merundum dan hal ini sangat membimbang. Beberapa langkah drastik telah diambil untuk mengatasi masalah ini. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab akan dipanggil dan mereka yang tidak hadir ke asrama seperti mana yang dijadualkan terpaksa mengangkat ikrar AKUJANJI di hadapan ibu bapa masing-masing. Ibu bapa penjaga diminta hadir ke sekolah untuk menjamin anak-anak agar mereka dapat tinggal di asrama. Setakat ini telah banyak kali pertemuan ibu bapa dengan pihak sekolah dibuat untuk sama-sama berbincang mengatasi masalah yang timbul. Sambutan ibu bapa kadang kala membanggakan. Tetapi masih ada ibu bapa / penjaga yang langsung tidak menghiraukan jemputan pihak pengurusan.
Mesyuarat juga membincangkan kes rayuan pelajar untuk tinggal di asrama. Terdapat tiga rayuan daripada ibu bapa, hanya satu yang diterima. Dua lagi rayuan telah ditolak oleh majlis setelah berlaku perbahasan hangat. Kes rayuan yang ditolak ialah yang membabitkan kes penyalahgunaan dadah : pil kuda. Ahli-ahli majlis telah mengundi sebanyak dua kali. Kali pertama keputusan 14 : 8, 14 undian menolak manakala 8 menerima. Untuk kali kedua setelah berlaku perbahasan panjang lebar, majoriti ahli-ahli majlis bersepakat menolak permohonan rayuan untuk kembali tinggal di asrama.
Proses demokrasi dan semangat keadilan yang ditunjukkan melalui proses pengundian ini jarang-jarang dapat dilihat di sekolah-sekolah lain. Pengetua sebagai pemimpin organisasi sekolah walaupun mempunyai kuasa veto dalam membuat keputusan telah mengambil langkah empowerment ( penurunan kuasa ) yang sangat bijak apabila berlaku kes-kes disiplin yang rumit. Syabas diucapkan!
H1N1 DAN RAMADHAN 1430H...
SMTB, 17 Ogos 2009, 10.30 pagi
Assalamualaikum wbh, wbt. Salam bertemu kembali setelah menyepi selama berbulan-bulan. Saya agak blog ini ditinggalkan terbiar sejak Februari 2009 yang lalu. Tiada perkembangan dan khabar berita. Saya tak tahu mengapa hal ini boleh terjadi. Kemungkinan besar orang-orang yang diamanahkan untuk meneruskan perkembangan blog ini terlalu sibuk atau ada masalah-masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Maka terpinga-pingalah ramai bekas pelajar SMTB di luar sana yang ingin mengetahui tentang hal-hal yang berlaku di sekolah mereka dulu.
Tak apalah, nampaknya kena saya juga yang meneruskan perkembangan blog ni. Saya akan cuba sedaya upaya untuk update, tapi tak boleh janji sangat. Hal pertama nak cerita ialah tentang penularan wabak penyakit bahaya selesema babi ( swine flu, Virus Influenza A, H1N1 ). Bila baca akhbar hari ni, terkejut juga sebab penularan penyakit H1N1 di negara kita sekarang agak tenat dan kritikal. Kalau orang, tenat ni maknanya dah hampir nak mati, doktor dah hampir surrender. Isyyy...bimbang ni. WHO pula keluarkan kenyataan yang lagi mengejutkan...anggaran 5 juta atau 20% penduduk di negara kita boleh dijangkiti wabak ini jika langkah-langkah pengawalan yang serius tidak diambil. Saya genyeh mata berkali-kali kat angka 5 juta tu...aikkk..biar betul WHO!! WHO ni tersilap anggar ni..5 juta tu orang ke babi?? Kalau 5 juta EKOR BABI..oklah itu kita dapat terima. Tapi kalau 5 juta ORANG...ni dah bukan tenat ni..ni dah sangat parah ni. Tapi nampak semua orang relaks..biasa saja. Tapi jika dinisbahkan dengan 62 kematian drp jumlah 3,857 kes, hal ini memang serius. Tuan-tuan bayangkan purata sebanyak 283 kes baru dilaporkan setiap hari. APA NAK JADI NI???? Ini bukan pandangan saya, saya menaip ni dengan kenyataan akhbar di depan saya. Jadi, bukan fakta palsu.
Senario di SM Teknik Besut tidaklah terlalu membimbangkan. Kita telah ambil semua langkah pengawalan sejak awal lagi. Dua minggu lepas, seramai antara 30 - 50 orang pelajar kita menerima kuarantin di Bilik Rawatan. Pemeriksaan pihak Hospital Jertih telah dilakukan setiap hari dan alhamdulillah..tiada seorangpun yang disahkan terkena jangkitan virus. Cuma gejala biasa demam panas dan batuk-batuk. Bilik Operasi Rawatan masih lagi dibuka untuk kes-kes baru dan sehingga catatan ini ditulis, tiada laporan pelajar dimasukkan ke bilik tersebut minggu ini. Hal ini amat menggembirakan kita kerana keadaan masih terkawal sedangkan di luar sana, di beberapa buah sekolah ternama di daerah ini, keadaan membimbangkan. Setakat ini kita telah membuat 5 kali ceramah tentang wabak ini dengan taklimat setiap pagi. Berikut ialah butiran perkembangan pengawalan yang telah kita ambil :
1. Mesyuarat rasmi dari PPD untuk semua PK HEM
2. Ceramah 1 telah dibuat keesokan harinya pada waktu Kokurikulum.
3. Taklimat 1 telah dibuat pada perhimpunan pagi setiap hari
4. Mesyuarat Unit Pengurusan Kesihatan (UPK) untuk merancang dan melaksanakan projek
5. Mesyuarat Unit Pengurusan Kantin (UPK) untuk pengawalan wabak di kantin
6. Mesyuarat dan taklimat untuk pihak pengurusan dan pentadbiran
7. Taklimat untuk semua guru semasa mesyuarat guru
8. Taklimat khas untuk para warden asrama-langkah pengawalan penting
9. Bilik Operasi Rawatan dibuka serta merta. Sebanyak 36 katil disediakan
10. Dua buah bilik operasi di blok R dibuka
11. 35 orang pelajar lelaki demam panas dan, 16 orang pelajar perempuan dikuarantin
12. Biro Pengangkutan bersiap sedia 24 jam untuk operasi kecemasan
13. Operasi setiap hari oleh pihak Hospital Jertih dan Klinik Kesihatan Gong Medan
14. Rabu, 5 Ogos 09, semua pelajar yang dikurung di bilik Operasi Rawatan dibenarkan pulang
15. Bermula minggu kedua Ogos 2009, SM Teknik Besut, tiada kes terbaru yang disyaki.
16. Bilik Operasi Rawatan masih berada di dalam situasi berjaga-jaga sepanjang masa
Semoga ketibaan Ramadhan 1430 H hari sabtu ini mencurahkan rahmat Allah ke atas manusia di bumi ini, amin.
Tuesday, February 24, 2009
HARI PENDAFTARAN DAN KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 4 BAGI SESI 2009 : Tiada perubahan, macam biasa...
PROSES PENDAFTARAN PELAJAR-PELAJAR BARU TINGKATAN 4 SESI 2009 hari ini berjalan lancar. Cuma, jangkaan kita tentang arus perubahan yang mungkin melanda sekolah-sekolah menengah teknik, nampaknya meleset. Jumlah pendaftaran macam biasa, malah mengecewakan sedikit. Bilangan keseluruhan pelajar semua aliran yang mendaftar kurang daripada biasa. Hal ini bukan sahaja dirasai oleh sekolah kita, tetapi dapat dirasai oleh kebanyakan sekolah-sekolah menengah teknik di pantai timur. Melihat kepada wajah PK HEM, ternyata terdapat sedikit kekecewaan. Tapi apabila ditanya, dia seperti biasa pandai menyembunyikan rasa resah di wajahnya..."ok saja, biasalah...bukan kita tak pernah menghadapi hal seperti ni, setiap tahun, macam inilah keadaannya. Tapi, tak apa, kita ada rancangan, jangan bimbang. Borang rayuan masih ada dua fail penuh yang belum diproses." Selamba dia menjawab.
Pengetua nampak lebih ceria. Dia lebih yakin. Ucapannya semasa majlis pendaftaran tadi seperti biasa memberangsangkan! Ibu bapa berpuas hati dan tersenyum lebar apabila diumumkan tiada kutipan yuran yang akan dikenakan. Yang ada hanyalah bayaran makan asrama dan yuran takaful. Semuanya hanya RM 48.50 sahaja. Apa yang kita nampak tahun ini proses pendaftaran berjalan lancar dan licin. Kekalutan yang biasa berlaku di kaunter koperasi telah dapat diatasi dengan kaedah baru yang diperkenalkan. Jawatankuasa Koperasi telah membuka sebanyak 8 kaunter untuk urusan pembelian barang2 keperluan. Kawasan koperasi juga telah diwarta sebagai kawasan larangan. Hal ini menyebabkan kejadian2 yang tidak diingin seperti yang berlaku pada tahun lepas, telah dapat diatasi.
Esok, 24 Feb 2009, seramai 120 orang pelajar telah dipanggil untuk menghadiri proses temuduga bagi pengambilan aliran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Kita mengharapkan agar pelajar-pelajar yang telah menerima surat panggilan temuduga akan dapat datang tepat pada waktu yang telah ditentukan. Seramai 80 orang lagi akan menghadiri proses temuduga kali kedua yang akan dijalankan pada minggu depan. Jadi, keseluruhan pelajar aliran SKM yang dipanggil untuk temuduga ialah seramai 200 orang.
Sunday, February 22, 2009
KEM KEPIMPINAN PERDANA 2009 YANG SANGAT BERJAYA...
Jam hampir 3 pagi. Mata masih belum terlelap. Banyak yang difikirkan, entah apa-apa...
Baru tadi balik dari sekolah. Melihat persiapan untuk hari penting esok, HARI PENDAFTARAN DAN KEMASUKAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 bagi sesi pengajian 2009. Agaknya, hampir seluruh sekolah menengah teknik di seluruh negara sedang sibuk menyiapkan persiapan terakhir untuk menyambut pelajar-pelajar baru esok, 23 Februari 2009. Sekolah Menengah Teknik Besut juga tidak terkecuali. Persiapan terus dibuat sehingga ke pukul 2 pagi tadi masih ada lagi guru-guru bertungkus-lumus menyiapkan dewan, tempat paling penting untuk pendafatran pelajar esok. Ketiga-tiga pemimpin sekolah, dari Pengetua, PK 1 dan PK HEM sibuk menguruskan pelbagai perkara. Saya melihat sendiri riak muka mereka yang kadang-kadang serius, kadang-kadang masam...almaklumlah, Hari Pendaftaran Pelajar ini merupakan hari paling penting bagi mana-mana sekolahpun. Silap perkiraan, macam-macam boleh berlaku. Itulah sebab agaknya ketiga-tiga mereka macam tak cukup tangan menyiapkan semua perkara. Para guru seperti biasa, setia membantu mencurahkan tenaga bakti.
Tapi bukan hal ini yang ingin saya kupas di sini ketika ini. Hari pendaftaran belumpun bermula. Yang ingin saya kupas dan bincangkan ialah tentang satu lagi program sekolah, iaitu Kem Kepimpinan Perdana 2009, baru saja berkahir pada Sabtu lalu.
Saya bukan nak laporkan tentang pelbagai peristiwa di dalam Kem Kepimpinan itu. Saya nak buat sedikit ulasan dari sudut pandangan saya tentang beberapa perkara yang orang tak begitu nampak...Tapi sebelum itu, biar saya beri sedikit makluman tentang program besar ini. Program ini ialah Kem Kepimpinan yang terbesar rasa saya setakat ini. Belum ada Kem Kepimpinan yang disertai oleh hampir seramai 200 orang peserta di sekolah ini. Saya diberitahu oleh Penyelaras Umum program, En. Che Zahari Hamzah, perbelanjaan untuk mengendalikan program ini telah mencecah hampir RM 13, 000. Dan program ini buat julung-julung kalinya disertai oleh hampir semua guru. Maksudnya majoriti guru terlibat. Menurut En. Mohammad Azhar, setiausaha program, semua guru telah dilibatkan untuk semua jawatankuasa. Hanya beberapa orang guru sahaja telah dikecualikan kerana masalah-masalah yang tidak boleh dielakkan. Saya juga sempat berbual dengan PK HEM, Pengerusi program ini. Saya bertanyakan mengapa Kem kepimpinan ini mengambil masa sehingga 5 hari 4 malam? HEM menjawab, " takdelah sampai 5 hari...dari segi teknikalnya memanglah 5 hari, sebab kita start petang selasa, maknanya selasa hari pertama, pukul 3 petang pelajar-pelajar telah dibawa oleh dua buah bas sekolah ke Lata Belatan. Hari selasa tu, waktu pagi kita tak kacau P&P. Kita berakhir pagi Sabtu, tengah hari pelajar dah sampai ke asrama. Jadi hari penuh ialah Rabu, khamis dan Jumaat. Selasa dan Sabtu..separuh hari je. Cuma kalau malam, memang 4 malam." HEM jawab selamba je. Tapi untuk pengetahuan HEM...tidak adapun sebuah sekolah di daerah ini yang mengambil masa begtiu lama untuk melaksanakan sebuah Kem Kepimpinan...syabas!! SM Teknik. Kita mampu bertahan dengan begitu ramai pelajar di hutan Lata selama 4 malam, tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini. Penglibatan guru pula lebih daripada 80 orang guru telah terlibat. Bukan guru saja, pekerja sekolah juga bertungkus-lumus. Terima kasih kepada En. Hasnol, En. Roslan dan En. Kamaruzaman. Manakala kakitangan pejabat terdiri daripada En. Sabri, En. Razali dan beberapa orang lagi. Kontraktor Kebersihan yang memberi derma air mineral dan Bank Rakyat Jertih yang memberi sedikti sumbangan wang.
Inilah yang saya kagum..betul bukan main2. Bukan juga nak angkat ekor..bukan..bukan. Ikhlas ni. Semangat kerja dalam satu pasukan. Kerjasama yang mantap, ketabahan dalam melaksanakan tugas, usaha tanpa bayaran, tiada elaun, tiada pampasan atau bayaran lebih masa. Tiada semua itu. Kita guru, kita sudah biasa macam ni. Kerja kita selalu akan melebihi daripada masa bertugas. Lata Belatan bukannya dekat. Kalau 4 malam tu, mau setangki minyak habis!! Tiada seorang gurupun yang merungut tentang bayaran minyak, tiada juga yang membebel tentang penat bekerja terpaksa tinggalkan rumahtangga. Prinsip kita mudah, siapa nak pergi, dipersilakan. Yang ada masalah, apa boleh buat. Yang ada kelapangan nak tidur, tidurlah. Tapi chalet hanya dua saja. Tak ada chalet, tidurlah di mana-mana saja. Dalam khemah, bawah pokok atau di mana-mana saja yang selesa...selesa?? mana ada selesa?? Kalau nak selesa, bukan di sini tempatnya..hehe Apa yang penting, semua program dapat berjalan dengan jayanya. Pelajar gembira dan matlamat semasa tercapai.
Tapi..inilah yang ibu bapa tak faham...inilah yang ibu bapa tak sedar...bukan semua, segelintir. Sampai masa, guru juga yang dipersalahkan...diherdik...ditengking..kadang kala di maki hamun hanya dengan sedikit kesilapan. Pengorbanan guru mendidik...hanya guru sahaja yang tahu, biarlah. Kepada Allah kita berserah.
Tuesday, February 10, 2009
FASA KEDUA PROSES KEMASUKAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 SESI 2009 BERJALAN LANCAR!!
Berita baik dari Unit Pendaftaran dan Kemasukan Pelajar (UPK) - Surat tawaran kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 4 bagi mengikuti kursus-kursus aliran teknikal dan vokasional sesi 2009, telah siap dihantar. Guru Data yang menjadi orang kuat UPK, En. Abd Aziz Hamed menyatakan bahawa sebanyak 480 surat tawaran telahpun selamat dihantar jam 4.45 petang 9 Februari 2009. Manakala selebihnya sebanyak antara 100 - 120 surat temuduga tawaran bagi pelajar pelajar-pelajar aliran kemahiran akan dihantar selewatnya hujung minggu ini. Bagi aliran kemahiran, sebelum pelajar-pelajar diterima masuk, proses temuduga akan dijalankan bagi memilih pelajar-pelajar yang benar-benar layak dan berminat. Haji Marzuki Abdullah, Ketua Bidang Sains merangkap Penyelaras UPK memaklumkan bahawa hari temuduga bagi pelajar-pelajar aliran kemahiran akan diadakan sehari selepas hari pendaftaran pelajar-pelajar aliran teknik dan vokasional. Hal ini bermakna tarikh temuduga ialah pada 24 Februari 2009. Pelajar-pelajar yang memohon mengikuti kursus-kursus kemahiran akan menerima surat panggilan temuduga pada minggu hadapan.
PK HEM menyuarakan rasa gembiranya dengan kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa UPK serta guru-guru kelas tingkatan 4 sesi 2009. Tindakan cepat yang diambil oleh jawatankuasa UPK membolehkan pihak sekolah menghantar segera surat-surat tawaran kemasukan selepas sehari PK HEM bersama En. Abd. Aziz Hamed mengambil senarai kemasukan di Subang Jaya. Pada hujung minggu lepas, En. Abd. Aziz dan Hj. Affandi telah menghadiri Mesyuarat Penyerahan Tawaran Kemasukan yang dirasmikan oleh Pengarah BPTV iaitu Datuk Haji Yusof Harun di Hotel Summit USJ.
Penghantaran surat-surat tawaran kemasukan tersebut menandakan bahawa selesailah sudah Fasa 2 Proses Pendaftaran dan Kemasukan Pelajar-pelajar ke SMT Besut bagi sesi pengajian 2009. Fasa 1 yang merangkumi kerja-kerja outreach telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh AJK UPK pada bulan Oktober dan November 2008. Fasa 3 akan bermula minggu depan. Fasa 3 ialah Operasi Pendaftaran dan Kemasukan Pelajar yang akan dilaksanakan pada 23 Februari ini. Satu mesyuarat jawatankuasa bertindak UPK akan diadakan pada Ahad 15 Februari 2009. Mesyuarat ini amat penting bagi melicinkan perjalanan kerja-kerja operasi pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar baru. Kita mengharapkan agar proses kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 4 tahun ini akan menjadi lebih cemerlang dan berjaya.
Sunday, February 1, 2009
PROGRAM KECEMERLANGAN 100%, MINIMUM 4A DAN CGPA 5.0...program yang sangat berjaya dan efektif!!
Maaf tuan blog, terlewat dua hari. Kesibukan kerja..macam biasalah. Ingatkan nak sambung cerita tapi nantilah dulu ye. Lagipun laporan Program 100% Cemerlang agak saya lebih penting daripada yang lain-lain. Jadi kita beri laluan pada laporan program ni lah dulu ye.
PROGRAM ini bolehlah saya anggap BERJAYA. Syabas kepada semua terutama bos besar kita, tuan pengetua yang bersungguh-sungguh benar menjayakan program ini. Saya terharu juga bila Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Tuan Haji Zubir Embong memeluk pengetua. Bukan senang dia nak peluk orang, selain daripada menyambut orang balik dari Tanah Suci, rasanya sangat terhad rasa nak peluk ni kecuali apabila kita sangat menghargai sesuatu. Hj. Zubir kelihatan sangat menghargai respon audien yang mendengar ceramah beliau. Rasa terharu tergambar jelas di wajahnya apabila kutipan derma kilat yang dilancarkan sendiri olehnya telah mencecah sebanyak RM 2240.40!! Dalam masa hanya beberapa minit sahaja, kutipan sebanyak itu dapat dibuat. Orang yang membuat kutipan, Cikgu Wahabpun nampak terkejut dan hairan dengan sambutan daripada ibu bapa. Hal ini menandakan audien mendapat sesuatu daripada penyampaian ceramah beliau. Saya sendiripun tak menjangka kutipan sebanyak itu dapat dibuat. Paling-paling banyakpun saya jangka dalam 500 - 600 ratus ringgit sahaja. Tetapi bila angkanya mencapai lebih dua ribu, ini sudah cukup baik!!
Apapun program yang kita rancang dan buat yang melibatkan ibu bapa, kehadiran amat memuaskan. Sebulan tahun ini berlalu, kita telah memanggil beberapa kali pertemuan dengan ibu bapa. Setiap pertemuan kehadiran hampir-hampir 100 peratus. Ibu bapa sanggup hadir walaupun terpaksa menahan malu akibat kesalahan disiplin yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Dan lagi, setiap pertemuan mesti ada jamuan hebat. Saya bukan nak memuji tak tentu pasal, pengetua kita memang sangat mengambil berat akan hal ini. Ibu bapa hadir mesti kena sajikan makanan. Makanan mesti first class. Tambahan lagi dengan kontraktor baru dewan makan yang memang teror dalam hal masakan. Kalau tak percaya ajaklah PK HEM atau Ketua Warden ke asrama sekali-sekala. Cuba jamah hidangan untuk para pelajar. Memang sedap. Cubalah pergi.
Sorry sekali lagi tuan blog..bukan membebel ini, bukan juga 'melayur' sesiapa. Tak ada masa nak buat itu semua. Banyak lagi kerja lain yang boleh saya buat kalau setakat nak membodek di sini. Bila saya tulis, itulah dia. Memang ikhlas tu. Bukan niat nak melayur atau membodek. Semua orang boleh tenguk apa yang berlaku pada Sabtu 31 Januari 2009 lalu. Semua orang boleh buat penilaian sendiri. Ibu bapa melimpah-ruah datang. Ada yang sebelum subuh dah bertolak. Yang duduk di Kemaman tu. Ada yang datang satu keluarga, mak ayah, adik kakak, sampai atukpun datang. Guru-guru kitapun bukan main bersemangat lagi bila tenguk ibu bapa ramai yang hadir. Dari kejauhan, saya terharu sungguh bila melihat dua orang guru kita yang masih melayan ibu bapa walaupun majlis telah lama tamat. Orang lain semua ke dewan makan Aspuri, tapi dua orang guru kita ni bersungguh-sungguh menjelaskan prestasi akademik pelajar kepada ibu bapa mereka. Nak sebut ke nama...kalau dalam mesyuarat mesti sibuk.." sebut nama!! sebut nama!!"
Ustazah Fauziah dan Puan Hartini. Haa...dah sebutpun nama tu..Saya 'tabik tarik' pada dua orang guru kita ni. Saya kagum dan bangga dengan semangat mereka. Takpe...saya bukan memuji tak tentu pasal. Yang betul. Biarlah tuan pengetua tak puji, saya nak puji guru kita kali ni. Saya sangat terharu dengan kerja-kerja yang mereka buat. Ibu bapa memang berpuas hati. Syabas..guru-guru SMTB!!
Yang paling unik ialah terdapat pemuafakatan yang bernilai tinggi di dalam majlis ini. Ataupun persepakatan..perkataan ni PK HEM suka sangat. Sayapun hairan kenapa dia tak guna permuafakatan. Tak apalah, muafakat atau sepakat lebih kurang sama saja matlamatnya. Majoriti ibu bapa menunjukkan semangat muafakat dan persefahaman yang tinggi mengatasi batas-batas kedaerahan dan politik. Memang profesional apabila Ahli Parlimen Machang, YB Saifudin Nasution menyambut baik pelawaan Hj Zubir untuk menjadi ketua ibu bapa semasa melafazkan kata-kata semangat kepada anak-anak. Kita dapat lihat bagaimana pendidikan sebagai wadah perjuangan dapat menyatukan minda dan emosi manusia. Itulah dia keikhlasan dalam pendidikan. Apabila matlamat pendidikan untuk melahirkan insan beriman dan berakhlak mulia diberi keutamaan paling tinggi, semua manusia tidak mengira fahaman apapun akan bersatu dalam fikrah dan tindakan. Sekali lagi syabassss...SMTB kerana berjaya mengadakan majlis profesional seperti ini.
Tuan Haji Zubir Embong memang sudah biasa dikenali sebagai pentadbir dan pengurus akademik yang berwibawa di seluruh negeri Terengganu. Banyak program yang dirancang mendatangkan hasil yang cemerlang. Ceramah beliau tentang peranan dan fungsi ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak di dalam pendidikan mendatangkan kesan yang mendalam di dalam jiwa ibu bapa. Saya tersenyum apabila mendengar komen ibu bapa. "..bagus ceramah dia..bolehlah kira, tak rugi kita mari jauh-jauh.." Kalau ibu bapa boleh kata macam tu, itu bermakna sesuatu yang baik telah melekat di dalam hati dan perasaannya.
Akhirnya, saya sebagai pengulas bebas program ini sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang bertungkus-lumus dan berkerja keras bagi menjayakan program ini, terutama tuan pengetua kita, Haji Abdullah Zawawi Bin Yahya. Syabas!! tuan di atas landasan sekarang, teruskan bergerak ke hadapan dengan jayanya!!

Wednesday, January 28, 2009
ANTARA HIKMAH DAN REALITI : DI MANA RASIONAL?
Salam sejahtera. Bertemu semula di ruangan ini. Mungkin Cikgu Fandi tidak berapa menggemari stail saya mengupdate (ada ke perkataan ini, marah guru BM ni) blog ini. Saya lebih berminat untuk mengupas peristiwa daripada membuat laporan berita. Pada saya, laporan berita ialah laporan peristiwa yang berlaku. Tiada komentar dan pendapat. Hanya laporan kes. Saya lebih suka membuat ulasan dan kupasan. Apapun, tak kisahlah, janji blog ini sentiasa berkembang dan updated selalu..sorry Cikgu Fandi. Nanti bila line bloggers kita yang dua orang tu dah clear, mungkin depa ada stail lain pulak.
Terpanggil saya untuk membuat sedikit ulasan tentang beberapa kes disiplin yang berlaku dalam masa sebulan ini. Adalah satu dua kes yang menarik. Paling hebat ialah kes pelajar 'melawan' guru. Saya dah bincang dengan cikgu Fandi tentang status kes ini. Saya pun takut juga nak buat kupasan. Tapi Cikgu Fandi bagi green light.."ok, tak apa, demo boleh ulas asal membina. Jangan ada niat yang tak baik, kalau niat kita baik, Allah tolong kita, insyaAllah". "Cikgu nak tapis ke dulu sebelum publish?"..."..alaa, tak apa, taip je dulu, nanti kalau panas..kita editlah.." itu jawapan Cikgu Fandi. Memang dia jenis orang confident. Saya masih ingat lagi semasa dia pegang KGD, beberapa minggu sebelum sekolah bercuti tahun lepas, dia dengan confident buat 'Operasi Lalang' di blok-blok asrama. Dia bukan lone ranger, ramai juga pengikut setianya. Dia jenis tak kisah, kalau ada yang nak membantu, dipersilakan, kalau tak ada, dia seorangpun dia akan buat. Sayapun pernah tolong dia. Bukan apa, kesian tenguk..terhegeh-hegeh turun tangga naik tangga. Tapi objektifnya tercapai. Adalah sikit perkembangan positif di asrama.
Kita kembali semula pada kes tadi. Peristiwa tersebut berlaku pada hari-hari terakhir minggu kedua semasa program reorientation. Kes ini betul-betul mencacatkan program tersebut. Kesian kaunselor-kaunselor kita. Bertungkus-lumus mereka mengatur segala perancangan dan jadual tapi akibat kes ini ramai yang membuat persepsi bahawa reorientation pelajar2 tingkatan 5..GAGAL! Begitu mudah manusia membuat penilaian. Bagi saya, gagal atau berjayanya sesuatu program bukan terletak pada individu-individu tertentu. Kurang bijaklah kita kalau terus membuat penilaian mcm tu. Disebabkan seekor kerbau yang membawa lumpur...
Saya tidak berada di lapangan ketika itu. Saya tidak betul-betul mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Cikgu kitapun tak ramai yang tenguk. Untuk membuat kupasan kes ini, saya telah membuat sedikit tinjauan dan penyelidikan ringkas. Tinjauan saya mestilah dengan cara mengumpul data daripada orang-orang yang terlibat secara langsung ataupun tak langsung. Saya tanya guru-guru yang melihat. Saya berbual dengan pelajar yang ada di lapangan pada masa itu. Target kes (orang-orang terlibat) saya jauhi. Mengapa? Sebabnya takut bias. Boleh saja saya bertanya terus kepada yang empunya diri. Tapi saya tak suka cara itu. Saya lebih suka melihat daripada sudut pandangan orang ketiga. Ok..panjang sangat intro saya ni. Jenuh orang membaca. Kalau Cikgu Fandi, dia akan baca sekerat saja intro ni.."what's the point bro??..apa yang demo nak highlight ni?" mesti itu yang terkeluar drp mulut dia..saya dah kena dulu.
Formula kes sangat mudah. Pelajar cari pasal. Pelajarlah dulu yang cari pasal. Selalunya macam itulah. Penyebab pertama mesti pelajar. Pelajarlah yang mencipta kes. Ok, kalau ikut fatwa puak2 filosuf zaman dahulu kala..orang yang mula-mula cari pasal dan buat kes, orang itulah yang bersalah. Filosuf kata, mana pokok nak goyang kalau bukan kerana angin yang bertiup? Mustahil pokok sendiri-sendiri goyang..hehe teringat kat Samy Velu...Tapi, yang aneh bin ajaibnya, sehingga penghujung kes, kelihatan gurulah yang bersalah...
Guru tersebut memberhentikan keretanya atas dasar 'SEMUA GURU IALAH GURU DISIPLIN'..dan memenag diapun sebenarnya guru MTD!! Berhentikan kereta dan suruh/minta pelajar ke surau untuk siap sedia semayang Zohor. Mengikut keterangan daripada pengawal keselamatan, guru tersebut menyuruh dengan baik. Sekali. Dua kali, suara guru agak kuat..tiga kali suruh dan bila guru tersebut mula buka pintu kereta nak turun, barulah pelajar mula bergerak. Pelajar HANYA mula bergerak bila cikgu turun kereta. Agaknya kalau sekali suruh pelajar dah mula bergerak dan dengar kata, tak adalah kes!! Tapi itulah pelajar-pelajar kita. Cikgu-cikgu fahamlah kan..
Pengawal Keselamatan yang melihat memberitahu saya secara jujur. Guru mula membuka suara dengan lantang meminta semua pelajar yang berada di Minda dan bawah pokok bergerak ke surau. Sebelum itu, mengikut pengawal, sudah ada pengumuman yang meminta semua pelajar ke surau. Pelajar hanya akan dibenarkan balik selepas semayang Zohor berjamaah di surau. Maksudnya, pelajar yang berada di Minda telah ingkar perintah awal-awal lagi. Mereka terdiri drp golongan pelajar bermotosikal ke sekolah. Cikgu Fandi sangat arif dengan perangai golongan ini. Dan golongan inilah yang selalunya mencipta masalah terutama nak balik awal. Kadang-kala mereka mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengawal keselamatan bila pintu pagar motor tidak dibuka. Walau bagaimanapun, pada ketika kes berlaku, kebanyakan pelajar menurut arahan guru tersebut, kecuali beberapa orang dan termasuk dalam golongan itu, suspek kes ini. Mengikut keterangan pengawal keselamatan, suspek kata, "nak semayang apa masa ni, baru pukul 1". Mengikut Kaunselor, memang program diberhenti lebih awal seperti di dalam jadual bagi persiapan untuk tazkirah cikgu Zaki sebelum zohor.
Pelajar tersebut telah dipanggil oleh guru. Pelajar datang atau guru pergi ke tempat pelajar, hal ini samar2. Ok, apa yang berlaku mengikut beberapa saksi selepas itu ialah pergaduhan antara pelajar dengan guru...bersambung

Sunday, January 25, 2009
BLOGER TERSOHOR...secebis kisah
Assalamualaikum wbh, wbt.
Saya ialah guru yang diberi tugas untuk mengemaskini blog disiplin ini dan telah menerima mandat dari masterblog ini untuk melaksanakan tugas ini serta-merta. Saya dimaklumkan bahawa terdapat satu unit baru dalam struktur organisasi MTD iaitu BIRO PENERBITAN DAN ICT. Di dalam mesyuarat pertama MTD, majlis telah sebulat suara menyerahkan blog ini kepada dua orang guru untuk menguruskannya. Walau bagaimanapun, PK HEM telah menyerahkan tugas ini kepada saya sebelum dua orang guru tersebut dapat menjalankan tugas mereka secara rasmi. Walaupun saya bukan guru disiplin, maksud saya bukan ahli majlis MTD, saya melihat terdapat beberapa perubahan yang baik dari segi struktur organisasi MTD. MTD kelihatan semakin teguh dengan beberapa perubahan struktur. Pertamanya, saya tidak terfikir akan terdapat blog disiplin seperti ini apatah lagi dengan penubuhan Biro Penerbitan dan ICT. Ini memang suatu perkembangan yang cukup memberangsangkan! Saya telah berbincang dengan Cikgu Fandi, pengendali asal blog ini dan beliau telah menyerahkan tugas mengendalikan blog ini kepada saya buat sementara waktu. Tugas ini memang sangat mencabar. Saya perlu mengemaskini blog disiplin ini setiap masa dan perlu menjadikannya sebagai medan perkembangan dan perbincangan disiplin yang positif dan sihat. Apa yang saya dapat perhatikan, ramai yang masih belum tahu akan kewujudan blog ini, baik guru mahupun pelajar. Jadi, tugas pertama saya ialah mempromosikan blog disiplin ini kepada warga SMTB.
Untuk mempromosi blog seperti ni bukanlah susah, saya hanya perlu menguar-uarkan kepada para pelajar dan guru. Atau mungkin boleh mengumumkan semasa asembly atau masukkan berita ini ke dalam buletin sekolah. Saya kira sedikit masa lagi blog ini akan dikunjungi ramai. Apa yang saya bimbangkan ialah kemungkinan blog ini menjadi medan maki hamun atau medan luahan perasaan secara negatif oleh pengunjung2 blog yang tidak bertanggungjawab. Saya berbincang dengan Cikgu Fandi hal ini tetapi beliau tidak menampakkan sedikitpun kerisauan. "Kita bina blog ini dengan niat yang baik, kita positif dulu, kalau ada masalah, kita atasi bersama", itu kata-kata ringkas Cikgu Fandi sebelum dia meninggalkan saya. Memang dia sangat sibuk semenjak memegang jawatan PK HEM ini. Saya faham dia seorang yang praktikal dan opstimistik tetapi membiarkan saya seperti ini dengan tugasan mengendalikan blog disiplin ini memang sesuatu yang sangat mencabar...teruk saya sekali ni. Saya mendiamkan diri selama seminggu. Nasib baik saya tidak terserempak dengan Cikgu Fandi. Mesti dia akan tanya tentang blog ni. Apa saya nak jawab? Satu perkarapun saya tak tulis lagi sedangkan telah banyak persitiwa berlaku. Tapi semalam, sabtu, saya terserempak dengan beliau secara tak sengaja. Dia macam biasa, serius dan masam. Belumpun sempat saya membuka mulut, dia telah menyelitkan secebis kertas ke dalam poket saya. Sebelum saya dapat melihat isi kandungan kertas tersebut, Cikgu Fandi telah lesap dan hilang...
Tercengang saya bila membaca isi kertas tersebut...'JUMPA HALIM DAN HAZIMI...BLOGER TERSOHOR'

Saturday, January 24, 2009
CABARAN SEMAKIN HEBAT, PERJUANGAN MENEGAKKAN DISIPLIN TIDAK PERNAH LUNTUR MALAH SEMAKIN MANTAP
Minggu ketiga bulan Januari 2009 sarat dengan pelbagai peristiwa terutama yang berkaitan dengan permasalahan disiplin. Para pelajar mula memberi respon terhadap penguatkuasaan beberapa peraturan baru yang sebelum ini tidak dipraktikkan. Pertamanya, Perhimpunan Pagi setiap hari yang baru dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah. Majlis perhimpunan ringkas setiap hari yang bermula seawal pukul 7.20 dan tamat pada 7.40 pagi mempunyai banyak signifikan yang menguntungkan. Prosedur catatan kehadiran pelajar akan menjadi lebih tersusun dan kemas. Para guru kelas akan datang ke perhimpunan untuk menandakan kehadiran pelajar. Pada masa yang sama pelajar yang tidak hadir sekolah pada hari semalamnya akan dipanggil untuk dikenalpasti. Cara ini akan dapat mengatasi masalah ponteng sekolah dan datang lambat ke sekolah. Gejala ponteng sekolah tanpa sebab merupakan perkara lumrah dan sukar dibendung. Hanya penguatkuasaan yang teliti sahaja akan dapat mengatasi masalah ponteng sekolah.
Selepas menanda kedatangan pelajar, para pelajar akan dibawa masuk ke kelas oleh guru masa pertama bagi meneruskan proses P&P. Kecaknaan sebegini rupa akan dapat memberi semangat baru kepada para pelajar. Walau bagaimanapun jika tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, program perhimpunan pelajar setiap hari ini akan hanya mendatangkan keburukan. Jadi, kejayaan program ini banyak terletak di bahu para guru. Jika para guru gagal memberi kerjasama yang jitu, pelajar akan menjadi lebih sukar untuk dikumpulkan.

Tuesday, January 20, 2009
MESYUARAT PERTAMA MTD SESI 2009
MAJLIS TINDAKAN DISIPLIN (MTD) telah bermesyuarat kali pertama pada 15 Januari 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat. Seramai lebih daripada 30 orang ahli-ahli majlis MTD telah hadir untuk membincangkan pembentukan struktur organisasi baru MTD bagi sesi pengajian 2009. Penyelaras Utama MTD, iaitu En. Che Zahari Hamzah telah mempengerusikan mesyuarat dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru disiplin SMTB bagi sesi 2009. Selaku PU, beliau telah mengemukakan cadangan struktur baru MTD seperti yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Guru Kali Pertama sehari sebelum sesi persekolahan 2009 bermula. Struktur baru organisasi MTD yang telah digubal oleh Penolong Kanan HEM telah menarik perhatian ramai kerana terdapat beberapa pembaharuan drastik yang diperkenalkan bagi memantapkan lagi keberkesanan dalam pengurusan MTD. Di antara perubahan yang diperkenalkan ialah :
1. Ketua Guru Disiplin (KGD) bagi setiap aliran teknikal dan vokasional
(KGD - Teknikal dan KGD - Vokasional)
2. Struktur organisasi Badan Pengawas yang baru dan biro-biro yang terlibat
3. Biro-biro baru di dalam struktur MTD
En. Saidi Said dan En. Wan Mohd. Zulfakri Wan Bakar telah dipersetujui untuk jawatan KGD bagi aliran teknikal dan vokasional. Manakala En. Hadzuan Haron dilantik sebagai Ketua Guru Pengawas yang baru.
(Penerangan lanjut tentang biro-biro baru MTD dan biro-bairo Badan Pengawas akan dijelaskan kemudian)

Sunday, January 18, 2009
2009 - TAHUN MENCABAR BAGI MTD; KOMITMEN YANG TINGGI DIPERLUKAN UNTUK MENANGANI PERUBAHAN
SELAMAT TAHUN BARU 2009 DAN MAAL HIJRAH 1430H BAGI SEMUA WARGA SMTB
Saya menyusun sepuluh jari pohon jutaan kemaafan kepada semua pembaca kerana terlalu lama tidak mengemaskini Laman Disiplin ini. Terlalu banyak urusan dan pekerjaan yang berbelit sekeliling pinggang sehingga saya terlepas pandang. Saya pohon kemaafan sekali lagi. Kalau tidak kerana seorang pembaca yang 'mengejutkan' saya di chatbox mungkin saya masih lara dan tertidur lagi...
Tuan-tuan, kita sudah berada di minggu ketiga dalam tahun baru ini dan terlalu banyak perkembangan disiplin yang berlaku di bumi SMTB tercinta. Kita bermula dengan minggu pertama yang cemerlang. Kedatangan rombongan nazir daripada JPN Terengganu seawal pagi pertama sesi persekolahan 2009 memberi semangat baru untuk kita terus bekerja. Kemudian diikuti oleh lawatan mengejut daripada Timbalan Pengarah BPTV. Lawatan ini memberi makna tersendiri kepada semua guru. Kerja-kerja pendidikan perlu lebih kemas dan berkesan agar memberi impak yang maksimum kepada semua pelajar.
Minggu kedua semakin mencabar. Program Orientasi Semula (Re-Orientation) pelajar-pelajar tingkatan lima telah dilaksanakan dengan penjadualan dan pengisian yang lebih efisyen berbanding tahun-tahun lepas. Pengetua dengan keyakinan yang tinggi telah memberi nafas baru kepada semua pelajar melalui Ceramah Menangani Perubahan (Managing Change) Majoriti pelajar dapat memahami intipati yang ingin disampaikan oleh beliau. Angin perubahan yang bertiup ke dalam sanubari para pelajar telah membawa persepsi baru dan tanggapan positif kepada para guru. Kita merasakan bahawa tahun 2009 akan menjadi 'miles stone' bagi kebangkitan semula kecemerlangan Sekolah Menengah Teknik Besut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa peristiwa yang mencacatkan persepsi kita iaitu salah laku disiplin yang dilakukan oleh segelintir pelajar bermasalah. Sebagai pendidik, kita tidak pernah menganggap bahawa fenomena salah laku ini sebagai penghalang kepada usaha murni kita untuk membentuk modal insan berminda kelas pertama.

Subscribe to:
Posts (Atom)