Saturday, February 6, 2010

CERAMAH DAN BENGKEL MOTIVASI 'POSITIVE MIND'

Sabtu 30 Januari 2010
Ceramah Motivasi 'Positive Mind' disampaikan oleh En. Rosli Mansur dari Karyawan Negeri Sembilan. Beliau telah membangkitkan kesedaran dalaman pelajar melalui penghayatan terhadap kemampuan minda yang positif. Terdahulu itu, Tuan Haji Abdullah Zawawi Bin Yahya, Pengetua SM Teknik Besut selaku tuan rumah, telah mengalu-alukan kehadiran para penceramah, para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 sekolah-sekolah daerah Besut. Beliau mengucapkan terima kasih dan rasa bangganya kerana dipilih oleh Majlis Guru Cemerlang (MGC) daerah Besut untuk menjadi tuan rumah ceramah motivasi peringkat daerah. Hal ini bermakna SM Teknik terus menjadi lokasi penjanaan dan pembicaraan ilmu bagi warga pelajar dan pendidik daerah Besut. Syabas SM Teknik!!