Sunday, February 22, 2009

KEM KEPIMPINAN PERDANA 2009 YANG SANGAT BERJAYA...

Jam hampir 3 pagi. Mata masih belum terlelap. Banyak yang difikirkan, entah apa-apa...
Baru tadi balik dari sekolah. Melihat persiapan untuk hari penting esok, HARI PENDAFTARAN DAN KEMASUKAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 bagi sesi pengajian 2009. Agaknya, hampir seluruh sekolah menengah teknik di seluruh negara sedang sibuk menyiapkan persiapan terakhir untuk menyambut pelajar-pelajar baru esok, 23 Februari 2009. Sekolah Menengah Teknik Besut juga tidak terkecuali. Persiapan terus dibuat sehingga ke pukul 2 pagi tadi masih ada lagi guru-guru bertungkus-lumus menyiapkan dewan, tempat paling penting untuk pendafatran pelajar esok. Ketiga-tiga pemimpin sekolah, dari Pengetua, PK 1 dan PK HEM sibuk menguruskan pelbagai perkara. Saya melihat sendiri riak muka mereka yang kadang-kadang serius, kadang-kadang masam...almaklumlah, Hari Pendaftaran Pelajar ini merupakan hari paling penting bagi mana-mana sekolahpun. Silap perkiraan, macam-macam boleh berlaku. Itulah sebab agaknya ketiga-tiga mereka macam tak cukup tangan menyiapkan semua perkara. Para guru seperti biasa, setia membantu mencurahkan tenaga bakti.

Tapi bukan hal ini yang ingin saya kupas di sini ketika ini. Hari pendaftaran belumpun bermula. Yang ingin saya kupas dan bincangkan ialah tentang satu lagi program sekolah, iaitu Kem Kepimpinan Perdana 2009, baru saja berkahir pada Sabtu lalu.

Saya bukan nak laporkan tentang pelbagai peristiwa di dalam Kem Kepimpinan itu. Saya nak buat sedikit ulasan dari sudut pandangan saya tentang beberapa perkara yang orang tak begitu nampak...Tapi sebelum itu, biar saya beri sedikit makluman tentang program besar ini. Program ini ialah Kem Kepimpinan yang terbesar rasa saya setakat ini. Belum ada Kem Kepimpinan yang disertai oleh hampir seramai 200 orang peserta di sekolah ini. Saya diberitahu oleh Penyelaras Umum program, En. Che Zahari Hamzah, perbelanjaan untuk mengendalikan program ini telah mencecah hampir RM 13, 000. Dan program ini buat julung-julung kalinya disertai oleh hampir semua guru. Maksudnya majoriti guru terlibat. Menurut En. Mohammad Azhar, setiausaha program, semua guru telah dilibatkan untuk semua jawatankuasa. Hanya beberapa orang guru sahaja telah dikecualikan kerana masalah-masalah yang tidak boleh dielakkan. Saya juga sempat berbual dengan PK HEM, Pengerusi program ini. Saya bertanyakan mengapa Kem kepimpinan ini mengambil masa sehingga 5 hari 4 malam? HEM menjawab, " takdelah sampai 5 hari...dari segi teknikalnya memanglah 5 hari, sebab kita start petang selasa, maknanya selasa hari pertama, pukul 3 petang pelajar-pelajar telah dibawa oleh dua buah bas sekolah ke Lata Belatan. Hari selasa tu, waktu pagi kita tak kacau P&P. Kita berakhir pagi Sabtu, tengah hari pelajar dah sampai ke asrama. Jadi hari penuh ialah Rabu, khamis dan Jumaat. Selasa dan Sabtu..separuh hari je. Cuma kalau malam, memang 4 malam." HEM jawab selamba je. Tapi untuk pengetahuan HEM...tidak adapun sebuah sekolah di daerah ini yang mengambil masa begtiu lama untuk melaksanakan sebuah Kem Kepimpinan...syabas!! SM Teknik. Kita mampu bertahan dengan begitu ramai pelajar di hutan Lata selama 4 malam, tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini. Penglibatan guru pula lebih daripada 80 orang guru telah terlibat. Bukan guru saja, pekerja sekolah juga bertungkus-lumus. Terima kasih kepada En. Hasnol, En. Roslan dan En. Kamaruzaman. Manakala kakitangan pejabat terdiri daripada En. Sabri, En. Razali dan beberapa orang lagi. Kontraktor Kebersihan yang memberi derma air mineral dan Bank Rakyat Jertih yang memberi sedikti sumbangan wang.
Inilah yang saya kagum..betul bukan main2. Bukan juga nak angkat ekor..bukan..bukan. Ikhlas ni. Semangat kerja dalam satu pasukan. Kerjasama yang mantap, ketabahan dalam melaksanakan tugas, usaha tanpa bayaran, tiada elaun, tiada pampasan atau bayaran lebih masa. Tiada semua itu. Kita guru, kita sudah biasa macam ni. Kerja kita selalu akan melebihi daripada masa bertugas. Lata Belatan bukannya dekat. Kalau 4 malam tu, mau setangki minyak habis!! Tiada seorang gurupun yang merungut tentang bayaran minyak, tiada juga yang membebel tentang penat bekerja terpaksa tinggalkan rumahtangga. Prinsip kita mudah, siapa nak pergi, dipersilakan. Yang ada masalah, apa boleh buat. Yang ada kelapangan nak tidur, tidurlah. Tapi chalet hanya dua saja. Tak ada chalet, tidurlah di mana-mana saja. Dalam khemah, bawah pokok atau di mana-mana saja yang selesa...selesa?? mana ada selesa?? Kalau nak selesa, bukan di sini tempatnya..hehe Apa yang penting, semua program dapat berjalan dengan jayanya. Pelajar gembira dan matlamat semasa tercapai.
Tapi..inilah yang ibu bapa tak faham...inilah yang ibu bapa tak sedar...bukan semua, segelintir. Sampai masa, guru juga yang dipersalahkan...diherdik...ditengking..kadang kala di maki hamun hanya dengan sedikit kesilapan. Pengorbanan guru mendidik...hanya guru sahaja yang tahu, biarlah. Kepada Allah kita berserah.

5 comments:

Sqwad said...
This comment has been removed by the author.
Sqwad said...

Salam cg..saya rasa kem kepimpinan wajar dibuat selama seminggu ataupun lebih..ini kerana proses pembentukan karakter seorang ketua mengambil masa yg lama..dan untuk pengetahuan cg, kebnyakan pelajar yang balik setelah kem adlah hangat-hangat suam-suam sahaja..mungkin berkesan selama seminggu atau paling lama pun sebulan. Tapi walaubagaimanan pun, semuanya bergantung kepada kesedaran individu. yang masih hanyut, tidak meninggalkan apa-apa kesan kepadanya. Penekanan untuk memberi komitment dalam apa jua bidang adalah paling penting dalam kursus pembentukan karakter seperti ini, sebab tanpa menyertai sepenuhnya sesuatu aktiviti, useless..ibarat jasad dikatil,roh ke langit...Harap boleh cikgu fikirkan.

pijah244 said...

salam...sy rasa kem kepimpinan tahun ini memang seronok sehinggakan tidak mahu pulang dengan syarat ada orang yang basuh baju dan sediakan makan minum saya.cikgu suruh kawad tengah malam,berendam dalam sungai jam 2 pagi,masuk dalam lumpur ataupun mandaki gunung,semuanya saya tak kisah sebab saya dapat merasakan keseronokan kem ini dengan aktiviti yang mencabar mental dan fizikal.dengan kata lain,kem kepimpinan tahun ini sangat berjaya.peserta yang lain juga sependapat dengan saya.cuma kami terkilan...aktiviti memanjat batang paip tidak sempat diadakan seperti tahun lepas.erm...saya berharap kem kepimpinan 2010 akan diadakan dengan jayanya dan diisi dengan pelbagai aktiviti yang lebih mencabar sebagai persiapan melahirkan pemimpin yang berwibawa dalam kalangan pelajar.jika ada kelapangan,saya nak sertai kem kepimpinan tahun hadapan sebagai fasilitator...sekian

Anonymous said...

tetibe teringat plak mase g kem nie kat lata belatan,kem ni lar kenangan tak boleh dilupakan..

Anonymous said...

banyak sangat kenangan mase pg kem kppnan tu... panjat gunung,kene ddk dalam kebung getah tgh2 mlm.. masuk dalam lumpur yg dalam.. kene rendam dalam sungai tgh malam sambil guling2 ke kiri ke kanan 3 kali..haha.. mmg banyak r pengalaman.. nk citer pn mmg xabis kot kat sini.. pape pn terima kasih semua yg telah mngjayakan kem nie...hehe.
:ikwan bostaman_5SKM(ppu)