Tuesday, February 24, 2009

HARI PENDAFTARAN DAN KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 4 BAGI SESI 2009 : Tiada perubahan, macam biasa...

PROSES PENDAFTARAN PELAJAR-PELAJAR BARU TINGKATAN 4 SESI 2009 hari ini berjalan lancar. Cuma, jangkaan kita tentang arus perubahan yang mungkin melanda sekolah-sekolah menengah teknik, nampaknya meleset. Jumlah pendaftaran macam biasa, malah mengecewakan sedikit. Bilangan keseluruhan pelajar semua aliran yang mendaftar kurang daripada biasa. Hal ini bukan sahaja dirasai oleh sekolah kita, tetapi dapat dirasai oleh kebanyakan sekolah-sekolah menengah teknik di pantai timur. Melihat kepada wajah PK HEM, ternyata terdapat sedikit kekecewaan. Tapi apabila ditanya, dia seperti biasa pandai menyembunyikan rasa resah di wajahnya..."ok saja, biasalah...bukan kita tak pernah menghadapi hal seperti ni, setiap tahun, macam inilah keadaannya. Tapi, tak apa, kita ada rancangan, jangan bimbang. Borang rayuan masih ada dua fail penuh yang belum diproses." Selamba dia menjawab.
Pengetua nampak lebih ceria. Dia lebih yakin. Ucapannya semasa majlis pendaftaran tadi seperti biasa memberangsangkan! Ibu bapa berpuas hati dan tersenyum lebar apabila diumumkan tiada kutipan yuran yang akan dikenakan. Yang ada hanyalah bayaran makan asrama dan yuran takaful. Semuanya hanya RM 48.50 sahaja. Apa yang kita nampak tahun ini proses pendaftaran berjalan lancar dan licin. Kekalutan yang biasa berlaku di kaunter koperasi telah dapat diatasi dengan kaedah baru yang diperkenalkan. Jawatankuasa Koperasi telah membuka sebanyak 8 kaunter untuk urusan pembelian barang2 keperluan. Kawasan koperasi juga telah diwarta sebagai kawasan larangan. Hal ini menyebabkan kejadian2 yang tidak diingin seperti yang berlaku pada tahun lepas, telah dapat diatasi.
Esok, 24 Feb 2009, seramai 120 orang pelajar telah dipanggil untuk menghadiri proses temuduga bagi pengambilan aliran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Kita mengharapkan agar pelajar-pelajar yang telah menerima surat panggilan temuduga akan dapat datang tepat pada waktu yang telah ditentukan. Seramai 80 orang lagi akan menghadiri proses temuduga kali kedua yang akan dijalankan pada minggu depan. Jadi, keseluruhan pelajar aliran SKM yang dipanggil untuk temuduga ialah seramai 200 orang.

2 comments:

Hampasnyior said...

assalamualaikum.... saya merupakn bkas pljar smtb spm 2005... saya mendoakn agar smtb trus maju dan jaya, tahniah saya ucapkan kepada sume2 guru dan kakitngn smtb yg bertngkus lumus memajukan ank bangsa dan membnbng mereka ke jln yg sepatutnya mereka lalui.... tahniah, smtb.. the successful school

Hampasnyior said...

cikgu.. truskan usaha meng-update blog ni.. saya sokong 100%..