Sunday, September 27, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI..MERIAH!



27 September 2009/8 Syawal 1430H



Pagi ini suasana sekolah ceria tapi suram. Masih ramai lagi pelajar yang tidak dapat menghadirkan diri setelah cuti seminggu berhari raya di kampung halaman masing-masing. Di tempat parking motosikal..lengang, hanya suku sahaja tempat parking dipenuhi menandakan majoriti pelajar yang tinggal di luar tidak hadir ke sekolah. Pagi ini, SM Teknik Besut mengadakan sambutan Hari Raya. Para pelajar dan guru masing-masing berpakaian cantik dan sangat ceria dengan pelbagai warna dan corak baju. Yang lelaki berpakaian baju Melayu dan bersampin, manakala pelajar perempuan dengan pelbagai aneka baju kurung dengan warna yang berbagai jenis. Sangat ceria dan mengkagumkan! Pengetua memberi ucapan alu-aluan kepada semua pelajar dan guru serta mengucapkan terima kasih kerana bersemangat untuk datang ke sekolah bagi meneruskan sesi persekolahan selanjutnya. Para pelajar Tingkatan 5 perlu lebih bersemangat selepas menjalani ibadat puasa selama sebulan dan telah menyambut Hari Raya. Semangat dan motivasi yang tinggi jelas kelihatan pada wajah para pelajar tingkatan 5. Kita sangat mengharapkan agar mereka dapat mengharungi sisa-sisa minggu persekolahan yang masih ada dan dapat membuat persiapan yang paling maksimum bagi menghadapi peperiksaan SPM bulan November nanti.

1 comment:

Anonymous said...

Salam... masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri khas buat guru2 SMTB.. saya Rozaini, bekas pelajar SMTB 2004/2005. sudah lama meninggalkan alam persekolahan, dan kini saya masih lagi bergelar pelajar. Menyambung pelajaran dalam Pendidikan Geografi, UPSI jauh terpesong daripada subjek yang pernah saya ambil di SMTB dulu.. tak mengapa, rezeki saya dalam bidang pendidikan..Alhamdulillah. Selamat Maju Jaya kepada warga pendidik SMTB dan diharapkan agar SMTB terus success selamanya..