LAMAN DISIPLIN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BESUT
Disiplin Teguh Sekolah Sejahtera The Succesfull School
Wednesday, August 22, 2012
MPC mengesahkan kita dapat 98.4%!!
Hari ini saya menerima sms daripada pengetua mengesahkan bahawa MPC (Malaysia Productivity Corporation) telah memberi kita sebanyak 98.4% untuk Penilaian 5S (Amalan Persekitaran Mutu Kerja Berkualit). Pemberian mata sebanyak 98.4% itu juga menandakan bahawa SMVB ialah sekolah terbaik seluruh negara mengatasi semua sekolah menengah vokasional yang lain. Tahniah diucapkan kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdullah Zawawi bin Yahya yang telah mengepalai struktur organisasi pengurusan sekolah sehingga berjaya membawa SMVB menjadi sekolah ternama dalam penilaian 5S.
Saturday, February 6, 2010
CERAMAH DAN BENGKEL MOTIVASI 'POSITIVE MIND'
Saturday, January 30, 2010
HARI PENDAFTARAN DAN KEMASUKAN PELAJAR-PELAJAR BARU TINGKATAN 4 SESI 2010...meriah tapi tidak seperti biasa
Ketua Bidang Vokasional En. Wahab Ismail...berhenti rehat
Sebelum itu, tepat jam 8.00 pagi, para ibu bapa kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan sekolah. Mereka disambut mesra oleh jawatankuasa sambutan yang terdiri daripada para pengawas sekolah. Setelah mendapatkan angka giliran di foyer dewan, para ibu bapa dibawa masuk ke dalam dewan untuk proses pendaftaran mengikut kaunter-kaunter pendaftaran yang telah ditetapkan. Guru-guru kelas dan pembantu masing-masing telah ditempatkan di setiap kaunter pendaftaran mengikut pembahagian kelas. Pendaftaran telah berjalan lancar dan para ibu bapa tidak perlu menunggu lama untuk proses kemasukan. Semua halangan kecil telah berjaya diatasi. Kaunter Koperasi sekolah menerima kehadiran para ibu bapa dan pelajar baru untuk mengambil barang-barang yang telah disenaraikan di dalam borang pendaftaran. Mengikut kenyataan En. Wan Zakaria, guru koperasi, proses pembahagian barangan koperasi kepada para pelajar baru tidak menghadapi masalah besar. Para pelajar kemudiannya bergerak ke khemah pendaftaran asrama di gelanggang bola tampar. Para pelajar yang mendaftar untuk menduduki asrama telah dilayan oleh para exco dan jawatankuasa asrama. Mereka diberi tiket mengikut blok-blok dan bilik-bilik penginapan masing-masing. Kemudian ibu bapa dan pelajar baru bergerak masuk semula ke dewan untuk majlis perasmian.
orang kuat UPK (Unit Pendaftaran dan Kemasukan ) En. Azman Zakaria dan En. Hazimi
Saturday, January 23, 2010
MENJELANG MINGGU KETIGA SESI PERSEKOLAHAN 2010...kita menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru tingkatan 4
Mohd. Zurkarni mengetuai barisan pengawas sesi 2010 membaca ikrar pengawas
Minggu pertama dan kedua bulan Januari 2010 telah berlalu. Selama dua minggu itu, kelendar sekolah sangat padat dengan perancangan dan penyelarasan pelbagai agenda pendidikan untuk memastikan proses pendidikan di SMTB berjalan dengan lancar dan berkesan. Deretan mesyuarat demi mesyuarat, pagi petang, siang dan malam tidak henti-henti semata-mata untuk memastikan segala perancangan yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan teratur. Minggu pertama, kita telah berjaya melancarkan Program Orientasi Pelajar-Pelajar Tingkatan 5 yang berlangsung dari 5 hingga 7 Jan. Pelbagai program untuk menyesuaikan diri pelajar dan menyediakan mereka dengan proses P&P. Pendedahan demi pendedahan dalam semua mata pelajaran telah diadakan bagi memantapkan proses pemahaman. Minggu kedua, 10 Januari, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas yang disempurnakan oleh SUPT. Haji Kamaruddin Zakaria, Ketua Polis daerah Besut. Majlis berjalan lancar dan meriah. Majlis diakhiri dengan ceramah oleh Tuan Haji Zakaria setelah bacaan ikrar yang diketuai oleh Muhamad Zurkarni Mat Jid, Ketua Pengawas sesi 2010. Program Bubur Assyura juga berjaya dijalankan oleh para guru dan kakitangan sekolah.
Sabtu, 23 Januari ialah hari persekolahan bagi menggantikan hari cuti Tahun Baru Cina. Majlis Tindakan Disiplin (MTD) yang diketuai oleh Penyelarasnya En. Che Zahari Bin Hamzah telah memohon kebenaran daripada PK HEM dan diluluskan oleh Tuan Pengetua untuk mengadakan Kursus Pemantapan Pengurusan Disiplin Sekolah bagi semua guru SMTB. Pada hari yang sama juga ketiga-tiga kaunselor sekolah, Puan Norliza, En. Mohd. Azhar dan Cik Nur Aisyah telah menjayakan Program Asas Kemahiran Belajar bagi semua pelajar tingkatan 5.
Thursday, January 7, 2010
'Winning Mind' dan Konsep Kecemerlangan Minda
Sunday, January 3, 2010
2010 MEMBUKA TIRAI TAHUN BARU DENGAN KEAZAMAN BARU..benarkah?
Saturday, November 21, 2009
SPM 2009 bermula..maka bermulalah perjuangan anak-anakku di SMTB
